icon-search
  • Minyak Airmata Duyung
  • DuyungKraton.jpg

Minyak Airmata Duyung Racikan Keraton (Tapaan Wulung Jagad Raya)

RM 50.00
- +
icon-bag Add to Cart
Home

Penulisan untuk pemaharan ini agak panjang sedikit ya. Di jemput untuk membacanya atau jika terlalu panjang penulisannya, boleh BUY NOW untuk mahar terus sahaja   

Baiklah kita mulakan ya.

Airmata Duyung. OSR pasti ramai peminat barangan bertenaga serta mistik sudah mendengar malah cuba memiliki mahupun sudah memiliki apa yang di namakan sebagai Airmata Duyung ini. Dan antara yang tersohor di persada nusantara yang berkaitan dengan Airmata Duyung adalah Minyak Airmata Duyung atau ada yang menggelarnya sebagai Minyak Duyung.

Terdapat beberapa racikan Minyak Duyung di pasaran. Boleh OSR kategorikan secara pendapat peribadi, ianya terpecah kepada 3 kategori racikan Minyak Duyung iaitu :-

(1) Racikan Amatur : Dibuat oleh sesiapa sahaja tanpa tertib, racikan terpilih. Hanya bahan utamanya di campur minyak yang pelbagai membentuk 1 adunan berairmata Duyung.

(2) Racikan Novis : Resepi racikan lebih advance dari yang amatur, konsisten penggunaan bahannya dan maharnya juga agak aman. Biasa yang ini yang telah siap dipaketkan yang mana ada labelnya.

(3) Racikan Khusus / Mewah : Ini adalah racikan yang lebih padat serta lebih bertenaga dengan mahar yang sedikit keras. Racikan mewah ini biasa adalah merujuk kepada resepi racikan pada zaman para Keraton kerna penggunaan Minyak Airmata Duyung ini telah lama bertapak di nusantara sejak kerajaan kerajaan berRaja masih wujud di Indonesia. Jadi kalau terlihat ada yang menawarkan dengan bukan readymade bottle, mahar mengikut ML di dalam botol kaca tanpa label .. nah ini biasanya adalah racikan racikan yang jatuh dalam kategori ini. Ada banyak gelarnya untuk kategori yang ini mengikut raciknya juga pengeluarnya, sumber lokasi perolehan Duyungnya, sumber resepinya dll.

Sekarang kita beralih kepada mengapa Minyak Airmata Duyung merupakan antara minyak bertenaga yang masuk ke dalam kumpulan minyak 'sakti'.

** Tenaga dari airmata Sang Duyung amat kuat getar Pengasihannya serta menjadi ikhtiar pakaian yang pelbagai. Antara khasiat utama minyak yang di racik dengan airmata Duyung adalah :-

(1) Paling dicari minyak ini adalah untuk mempercepatkan mendapat jodoh. Dipakai mereka mereka yang belum menemui pasangan agar rumahtangga dapat dibina.

(2) Menyimpul taut kasih sayang pasangan suami isteri di dalam rumahtangga. Membuat kasih bertambah, memperkuat kesetiaan dan rindu merindu sesama pasangan apabila tidak bersama.

(3) Menyerlah pesona diri di kalangan masyarakat yang mana menjadi ikhtiar pemakainya untuk meraih perhatian orang sekeliling.

(4) Meminimakan pasangan daripada berlaku curang atau berselingkuhan.

(5) Apabila berdua duaan bersama pasangan, membangkit deria asmara.

(6) Memberi nokhtah pada kegagalan bercinta yang berulang - ulang. Ini membuatkan pemakai akan menemui cinta sejati dengan semangat niat ber'roh'kan membina rumahtangga.

(7) Mempunyai tenaga pelarisan yang sesuai di pakai sewaktu berniaga dan bertemu pelanggan. Membuat pelanggan senang berurusan secara berhadapan dengan pemakainya.

(8) Dan lain lain khasiat berkait pengasihan dan kerezekian mengikut rezeki pemakainya kelak.

Itu adalah beberapa fungsi utama di dalam pemakaian Minyak Airmata Duyung ini yang membuatkan ianya sering mendapat permintaan dari mereka mereka yang ada hajat serta mengetahui akan khasiatnya.

Oasis Selatan Resources menawarkan Minyak Airmata Duyung (kategori racikan mewah / khusus) yang di namakan sebagai Minyak Airmata Duyung Keraton. Mengapa OSR menggunakan Keraton? Kerna ianya adalah racikan yang dibuat dengan menggunakan resepi racikan sepertimana pakaian para Keraton (Kerabat Raja & Pembesar Kerajaan) zaman dahulu kala.

Minyak Airmata Duyung Keraton ini kemudiannya telah ditapakan dengan jurus Wulung Jagad Raya untuk membangkitkan tenaga minyak ini ke paras yang sepatutnya dalam keharmonian tenaga tenaga bahan racikan yang telah diadun untuk membentuk akan minyaknya ini.

Minyak ini di maharkan dalam 2 botol pilihan mengikut bajet tuan puan ya iaitu di dalam Botol 2ML atau Botol 3ML.

Kepada yang ada hajatnya, ingin memilikinya atau sekadar ingin memakainya sebagai wangian diri, dijemput untuk mendapatkannya ya.

Terima kasih tuan tuan dan puan puan.

** Sesuai dipakai oleh Lelaki mahupun Wanita

** Tiada pantang larang kerna tapaan berjurus putih dengan tenaga alami dari bahan bahan racikannya tanpa ada unsur jin/entiti yang hadir bersama

*** Ikhtiar itu datang dari kita sebagai hambaNya. Doa kita WAJIB hanyalah pada Yang Maha Berkuasa kerna segalanya adalah tetap dengan keizinan dariNya.

Your cart is currently empty.
Continue shopping